Imam Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “ Berubatlah wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah menjadikan penyakit dan ubat.” Kami Berusaha, Berdoa, Bertawakkal dan Sentiasa Bersangka Baik Dengan Allah, Diri Dan Semua Makhluk. Hanya Allah yang ada penawarnya dan sesungguhnya Allah itu Maha Menyembuhkan.
Sunday 23 August 2015
Santau
Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk ipoh, bisa besi dan lain-lain.Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment