/*-------- Begin Drop Down Menu -------*/ #menubar { background: #8E8E8E; width: 840px; color: #FFF; margin: 0px; padding: 0; position: relative; border-top:1px solid #B2FFFF; height:35px; } #menus { margin: 0; padding: 0; } #menus ul { float: left; list-style: none; margin: 0; padding: 0; } #menus li { list-style: none; margin: 0; padding: 0; border-left:1px solid #1A6680; border-right:1px solid #1A6680; height:35px; } #menus li a, #menus li a:link, #menus li a:visited { color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } #menus li a:hover, #menus li a:active { background: #130000; /* Menu hover */ color: #FFF; display: block; text-decoration: none; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; } #menus li { float: left; padding: 0; } #menus li ul { z-index: 9999; position: absolute; left: -999em; height: auto; width: 160px; margin: 0; padding: 0; } #menus li ul a { width: 140px; } #menus li ul ul { margin: -25px 0 0 160px; } #menus li:hover ul ul, #menus li:hover ul ul ul, #menus li.sfhover ul ul, #menus li.sfhover ul ul ul { left: -999em; } #menus li:hover ul, #menus li li:hover ul, #menus li li li:hover ul, #menus li.sfhover ul, #menus li li.sfhover ul, #menus li li li.sfhover ul { left: auto; } #menus li:hover, #menus li.sfhover { position: static; } #menus li li a, #menus li li a:link, #menus li li a:visited { background: #B3B3B3; /* drop down background color */ width: 120px; color: #FFF; display: block; font:normal 12px Arial, Tahoma, Helvetica, FreeSans, sans-serif; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; z-index:9999; border-bottom:1px solid #1A6680; } #menus li li a:hover, #menusli li a:active { background: #130000; /* Drop down hover */ color: #FFF; display: block; margin: 0; padding: 9px 12px 10px 12px; text-decoration: none; } /*-------- End Drop Down Menu -------*/

Sunday 23 August 2015

Saka

Dari segi Definisi:

Bahasa:
Harta, benda, wang ringgit atau sebagainya yang boleh di warisi.
Istilah:
Mahkluk halus yang diwarisi secara turun menurun atau berpindah daripada seseorang yang empunya kepada seseorang yang lain dengan cara menuntut, mewariskan atau dipindahkan. Samada pewaris itu tahu atau tidak tahu, mahu atau tidak mahu.
Saka juga boleh difahami sebagai jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Selain itu, “SAKA adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.”
Saka juga adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (Sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya).

Apa itu Gangguan Saka?
Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keturunan keluarga pesakit. Saka bererti bahawa salah seorang daripada keturunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, moyang, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin.

Penurunan saka ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan :

Berlaku secara terus : Orang yang mempunyai saka itu  dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.
Berlaku menurut kehendak : Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.

Aku janji terbahagi kepada beberapa cara :

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.
ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat).
Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1-Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu.
2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.
Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat (rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:
1) Melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) Bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka. -tidak mendapat makanan.
Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka. Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup

1) Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:

a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah hormon seimbang.

2) Gangguan Mental

a) Bagi lelaki –sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus
Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3) Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas. Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan. Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.
Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam mencari kesalahan anak.

4) Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.
Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.

5) Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6) Gangguan keharmonian hidup

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap org lain. 
Selain itu, kesan buruk  ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar.

Santau

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk ipoh, bisa besi dan lain-lain.Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

Sihir

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:
Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.
Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh biarpun rajin bercinta.
  4. Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tak tentu masa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam mimpi yang takut-takut.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar ke atas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang bisa dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi dan tak jumpa jalan pulang.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki terasa bahang panas selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis bak kena sampuk.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia masih muda.
  20. Panas baran tak menentu biarpun perkara remeh.
  21. Sikap berubah secara mendadak. Lebih kepada watak atau moral yang rosak. Mengadu domba.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-Quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk tak suka berkawan dengan orang budiman atau benci alim ulama.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-Quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk serta gelisah bila dengar al-Quran.
  28. Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan-angan ke arah yang karut tanpa cita-cita yang baik.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul biarpun telah buat pemeriksaan tubuh badan normal.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.
  39. Melihat jin atau lembaga hitam secara terus.
  40. Sakit mental atau gila secara tiba-tiba padahal sebelum nya amat aktif & waras.
  41. Suka melihat babak pergaduhan baik nyata atau lakonan di kaca TV juga filem di pawagam. Benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang baik.
  42. Demam yang berterusan; suhu badan naik terutama ketika tengah hari, Maghrib, tengah malam dan Subuh.
  43. Suka tengok cermin lama - lama.
  44. Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa-apa, normal. 
  45.  Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya. 
  46.  Barang-barang electronic di rumah cepat rosak jika diguna oleh yang kena sihir. (Seperti TV, radio, mesin basuh, komputer dll)
  47.  Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab; seolah-olah ada toyol yang mencurinya.
  48. Kerap bunyi goli atau kerusi ditarik di atas siling rumah. 
  49. Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah. 
  50. Dengar orang yang dikenali (misalan: adik, abang, suami isteri... dll) panggil tapi tengok tak ada orang. 

Saturday 22 August 2015

Gangguan Makhluk Halus

A) TANDA-TANDA PADA TUBUH 
1. Selalu merasa was-was dan ketakutan tanpa sebab yang jelas.
2. Suka marah-marah dengan kadar emosi tidak stabil.
3. Dorongan kuat untuk melakukan perbuatan maksiat.
4. Merasa lesu dan malas untuk beribadah.
5. Susah khusyuk dalam mengerjakan sholat, (susah mengingat rakaat yang sudah dikerjakan).
6. Suka berkhayal, mengelamun, menyendiri dan mengurung diri secara berlebihan.
7. Selalu sakit kepala dan merasa sakit pada kedua mata, telinga, hidung, bahu dan belikat, gigi, tenggorokan atau lambung tanpa sebab yang jelas.
8. Selalu berpaling dari zikir mengingat Allah dan memandang remeh kegiatan ibadah solat dan amal kebaikan lainnya.
9. Fikiran selalu serabut, merasa sedih, jantung berdebar-debar keras.
10. Selalu dirasuk baik separuh ingatan atau secara keseluruhan.
11. Selalu mendengar bisikan memanggil namanya atau menyuruh melakukan sesuatu kejahatan seperti mencekik anak sendiri atau bunuh diri.
12. Merasa ada yang mengikuti, mengejar dan mengancam akan membunuh.
13. Merasa ada yang mengajak berbual, mendengar bisikan untuk melakukan sesuatu, membunuh, memperkosa, memukul, meloncat dari tempat yang tinggi, terjun kesungai atau jurang.
14. Selalu terbau wangi-wangian bunga, bau hanyir atau busuk yang tidak terlihat sumber baunya.
15. Melihat benda-benda seakan bergerak, berputar, terbalik , miring dan lain sebagainya.
16. Melakukan tindakan tindakan aneh tanpa disedari.
17. Tiba-tiba dapat meramal, menerawang, membaca fikiran orang lain atau mengetahui apa yang akan terjadi.
18. Cemas dan paranoid (takut yang berlebihan).
19. Melihat penampakan mahluk halus atau merasakan keberadaan mahluk halus.
20. Rasa sakit disalah satu anggota badan namun setelah diperiksa secara medical tidak ditemukan adanya kelainan atau dokter tidak sanggup merawat penyakit tersebut.

B) TANDA-TANDA WAKTU TIDUR
1. Susah tidur, selalu cemas dan sering terbangun dimalam hari setelah berupaya dengan susah payah.
2. Susah bangun dan banyak tidur sehingga tidak boleh melakukan ibadah yang diinginkan.
3. Mimpi buruk melihat sesuatu yang mengancam dan menakutkan, ingin menjerit minta tolong tetapi tidak boleh.
4. Mimpi melihat berbagai binatang seperti ular, ulat, anjing, tikus, unta, kuda, monyet, serigala, harimau dan binatang lain yang menakutkan.
5. Tertawa, menangis, berteriak, mengomel atau merintih pada saat tidur.
6. Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang tinggi dan semua yang berkaitan dengan tempat tinggi; seperti mendaki tempat yang tinggi.
7. Berdiri dan berjalan pada waktu tidur tanpa disedari.
8. Mimpi berada dalam kawasan perkuburan, tempat sampah atau jalan dan kawasan yang seram dan mengerikan.
9. Mimpi melihat orang yang aneh seperti tinggi sekali, pendek sekali, putih sekali atau hitam sekali.
10. Mendengkur dengan keras (seperti harimau, dsb), mimpi-mimpi yang seram dan mengerikan.
11. Mimpi bertemu dengan orang yang sama (lelaki/perempuan) berkali-kali dan ingin bertemu dengan orang yang dimimpikan itu.
12. Mimpi seakan akan dihimpit benda yang berat dan sulit untuk melepaskan diri dari himpitan tersebut.
13. Mimpi melihat atau bertemu keluarga yang sudah meninggal, melihat mayat, mimpi mati, mimpi berbicara dengan orang yang mati dan semua mimpi yang berhubungan dengan kematian.
14. Mimpi berada di masa atau abad yang lampau.
15. Mimpi melihat suatu peristiwa dan keesokan harinya mengalami peristiwa sama seperti yang dialami dalam mimpi tersebut.

C) KEJAHATAN BARU
1. Gejala Tipes,
tubuh seperti terbakar atau terpanggang api panas namun ketika di periksa suhu tubuh badan ialah normal.
2. Membuat Kecelakaan.
untuk menjayakan keinginannya, kadang jin melakukan segala cara termasuk membuat orang ngantuk dijalan atau bahkan menggerakan tangan manusia yang dirasukinya hingga terjadi kecelakaan.
3. Impotensi,
Jin kadang bersarang dikemaluan laki-laki dan membuat fikiran manusia kotor saat melihat lawan jenisnya. Memunculkan semua sifat jelek hingga ia menjadi sampah masyarakat.
4. Mengganggu rahim dengan penyakit kista/mium.

Tuesday 18 August 2015

Jenis Rawatan


  • Buang Saka / Sakat
  • Membuat Imbasan / Scan
  • Rawatan Bayi / Kanak-Kanak
  • Masalah Rumahtangga
  • Rawatan Sihir / Gangguan
  • Gangguan Jin dan sekutu
  • Pelaris Berniaga
  • Mandi Pulih Semangat
  • Mandi Aura Seri
  • Pagar Rumah / Premis Perniagaan (minimum 3 lapis)
  • Mandi Buang Saka
  • Rawatan Biasa
  • Selusuh
  • Sawan
  • Gout
  • Darah tinggi
  • Kolesterol
  • Jantung
  • Migraine
  • Batu karang
  • Fibroid
  • Cyst
  • Urutan badan

Sawan

Sawan adalah keadaan di mana berlakunya renjatan elektrik di otak di luar kawal yang mengakibatkan sawan demam.

Sindrom perubatan untuk sawan yang berulang-ulang tanpa diberangsangkan dipanggil epilepsi, bagaimanapun sawan boleh berlaku pada mereka yang tidak mempunyai epilepsi.

Sawan demam adalah sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 38'C. Hal ini biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam. Kebiasaannya berlaku kepada mereka dalam lingkungan umur 6 bulan sehingga 6 tahun. 

Antara sebab sawan demam ialah demam terlalu tinggi, kebanyakannya berpunca daripada jangkitan bahagian atas salur pernafasan atau jangkitan telinga (penyakit otitis media) dan lain-lain. Jika sawan berlaku melebihi 15 minit, ia boleh mengakibatkan kecacatan otak.

30% sawan demam boleh berulang. Sawan demam juga berkait dengan keturunan. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi. Hanya segelintir kecil kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsi.

Cara mengenali sawan demam:

  • Badan terasa panas.
  • Badan dan kaki tegang
  • Kaki dan tangan mungkin tersentak-sentak tanpa rangsangan
  • Mungkin terjatuh
  • Mulut berbuih
  • Terbuang air kecil
  • Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjaga juga kelihatan bingung seketika, kemudian kembali aktif.